Carian
ChatGPT Kini Mempunyai 400 Juta Pengguna Aktif Setiap Minggu
February 20, 2025 Aman

Walaupun pada hari ini terdapat pelbagai penawaran perkhidmatan berasaskan kepada kecerdasan buatan, namun OpenAI dilihat terus menjadi destinasi utama pengguna untuk mencuba dan menggunakan sokongan berasaskan kecerdasan buatan janaan.

Mengikut perkongsian terkini pihak OpenAI, kini ChatGPT digunakan lebih 400 juta pengguna aktif setiap minggu. Angka ini memperlihatkan peningkatan 100 juta pengguna aktif mingguan berbanding pada penghujung tahun 2024 lepas. Namun, ia tidak diketahui berapakah peratusan pengguna berbayar untuk perkhidmatan berkenaan.

Pada masa yang sama, ChatGPT juga kini mempunyai lebih 2 juta pengguna perusahaan.

Selain ChatGPT, salah satu perkhidmatan yang turut mempunyai angka pengguna yang tinggi adalah Meta AI – walaupun masih belum diperkenalkan secara menyeluruh di seluruh dunia. Kali terakhir ia dikongsikan mempunyai lebih 500 juta angka pengguna aktif bulanan. Berkemungkinan angka pengguna ChatGPT adalah lebih tinggi jikalau dilihat menggunakan konteks bulanan.

Komen