Semalam iPhone 16e diumumkan dengan ia menjadi iPhone 16 paling mampu milik ditawarkan oleh Apple. Ia hadir dengan cip A18 dan ramai pasti menyangka ia cip sama seperti iPhone 16 dan iPhone 16 Plus. Tetapi laman Apple secara rasminya mengesahkan ini sebenarnya tidak benar kerana GPU pada iPhone 16e adalah berbeza.

Cip A18 pada iPhone 16e hanya dilengkapi GPU 4 teras berbanding 5 teras pada iPhone 16 dan iPhone 16 Plus. Ini mungkin bagi membezakan kemampuan keempat-empat produk di bawah siri iPhone 16. Sementara itu jumlah teras CPU dan NPU masih lagi sama. Oleh itu kemampuan untuk menjalan aplikasi serta pemprosesan Apple Intelligence adalah lebih kurang sahaja antara kedua-dua cip dengan perbezaan hanya akan dilihat apabila menjalankan aplikasi yang memerlukan kemampuan grafik.