Cari @ Amanz

Apple Akan Membawa Sokongan Visual Intelligence Kepada Action Button iPhone 15 Pro

Link Copied!

Visual Intelligence adalah jawapan Apple kepada ciri carian AI yang kini ditawarkan oleh Google untuk peranti Android. Ia mengintegrasikan Siri, ChatGPT dan juga Google Search. Ciri ini adalah ciri eksklusif iPhone 16 dengan ia hanya boleh dilancarkan melalui butang Camera Control. Terbaru, ciri ini akan disokong pada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.

Menurut laporan oleh Daring Fireball, wakil Apple memberitahu beliau yang kelak pengguna iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max boleh memilih Visual Intelligence sebagai salah satu aksi yang boleh dilakukan pada butang Action Button. iPhone 16e baharu adalah peranti pertama tanpa butang Camera Control yang menyokong ciri ini pada butang aksi. Ramai menjangkakan ia tidak akan ditawarkan kepada iPhone lain kerana ia adalah ciri “Essential” pada iPhone 16.

Buat masa ini masih tidak pasti bila ia akan diberikan kepada iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Ia mungkin akan tiba dalam kemas kini iOS 18.4 yang dijangka adalah satu lagi kemas kini besar yang membawakan banyak perkara baharu pada Apple Intelligence.


Komen ()