Selama beberapa tahun, Samsung akan menggunakan memori dan storan tersendiri untuk peranti mercu mereka. Mereka akan melakukan tempahan kepada Samsung Semiconductor, tetapi untuk siri Galaxy S25 buat kali pertama mereka menggunakan komponen pihak ketiga.

Dalam perkongsian Micron, mereka berkongsi yang Samsung Galaxy S25, Galaxy S25+ dan Galaxy S25 Ultra menggunakan RAM LPDDR5X serta storan UFS 4.0 mereka. RAM keluaran Micron mempunyai 10% penggunaan tenaga lebih baik, sementara storan pula adalah yang terpantas dengan kelajuan menulis dan membaca 4000 MBps/4300 MBps.
Tambahan Micron, memori dan storan yang digunakan oleh siri Galaxy S25 ini direka untuk kurang menggunakan kuasa agar boleh memproses ciri kecerdasan buatan pada kadar yang lebih efisien dan pantas. Kedua-dua komponen ini dihasilkan dengan rekaan dan teknologi 1β (1-beta) yang turut menjamin ketahanan bateri peranti berpanjangan.