Carian
Apple Akan Mengintegrasikan Modem Dalam Cip Pemproses Pada Tahun 2028
February 24, 2025 Effi Saharudin

Minggu lalu iPhone 16e dilancarkan dengan ia yang pertama dilengkapi moden C1 yang direka sendiri oleh Apple. Ini adalah percubaan kedua menggunakan cip bukan keluaran Qualcomm pada produk mereka. Tetapi berbeza dengan cip Snapdragon, modem tidak diintegrasikan ke dalam cip pemproses A18 yang digunakan peranti.

Kini menurut laporan Bloomberg, modem keluaran Apple hanya akan diintegrasikan ke dalam cip keluaran Apple menjelang 2028. Ini kerana prestasi C1 masih tidak sebaik modem Snapdragon. Contoh paling ketara ialah iPhone 16e tidak menyokong rangkaian 5G mmWave. Menurut Bloomberg C2 dan C3 juga mungkin tidak diintegrasikan ke dalam cip pemproses. Hanya selepas prestasi memuaskan dicapai ia akan dipakejkan sekali ke dalam cip pemproses siri Apple A dan Apple M.

Integrasi semua modem ke dalam SOC akan mengurangkan penggunaan kuasa yang menjurus kepada hayat bateri yang lebih baik. iPhone 16e dipasarkan sebagai peranti 6.1″ yang mempunyai ketahanan bateri terbaik pernah ditawarkan Apple.

Komen