Carian
iPhone 16e Menggunakan Modem C1 Yang Pertama Direka Sepenuhnya Oleh Apple
February 20, 2025 Effi Saharudin

iPhone 16e yang dilancarkan awal pagi tadi ialah peranti pertama keluaran Apple yang dilengkapi modem C1 yang direka sepenuhnya oleh Apple. Menurut Apple kesemua sistem C1 yang berasaskan Apple Silicon akan menjanjikan penjimatan penggunaan kuasa dan seterusnya memberikan iPhone 16e prestasi bateri terbaik berbanding iPhone 15 dan iPhone 16 yang mempunyai saiz skrin yang sama.

Usaha membangunkan C1 mengambil masa yang lama dengan ia dimulakan bagi mengurangkan pergantungan Apple kepada modem yang dikeluarkan oleh Qualcomm. Apple pernah menggunakan modem Intel tetapi prestasinya yang kurang memuaskan memaksa mereka menggunakan modem Qualcomm walaupun kedua-dua syarikat menyaman sesama sendiri di mahkamah.

Seterusnya bagi Apple ialah membangunkan pula cip WiFi dan Bluetooth supaya mereka tidak lagi menggunakan komponen keluaran Broadcom. Dengan C1, ia akan membuka era baharu Apple sebagai pengeluar moden yang besar kemungkinan akan juga disertakan pada kesemua produk lain termasuk MacBook.

Komen