Cari @ Amanz

Xiaomi 15 Ultra Akan Dilancarkan Di China Pada 27 Februari 2025

Link Copied!

Xiaomi mengumumkan telefon pintar mercu baharu Xiaomi 15 Ultra akan dilancarkan secara rasmi pada 27 Februari 2025. Pelancaran tersebut berlangsung di China terlebih dahulu dan berpotensi dipamerkan di MWC 2025. Pada masa yang sama semestinya menjanjikan peningkatan lebih menarik buat pengguna setia.

Perubahan fizikal yang sedikit ketara menjadi tumpuan menerusi beberapa aspek yang boleh disaksikan dengan jelas. Malahan imej promosi dikongsi memperlihatkan rekaan dan kemasan yang tertiris sebelum ini. Xiaomi turut menggunakan tema dwi-tona yang menggabungkan kemasan kulit tiruan berwarna dan juga kemasan kusam yang mungkin kaca.

Telefon baharu ini turut menampilkan sistem kamera dengan Kerjasama Leica yang pastinya menjadikan keupayaan fotografi lebih baik. Selain itu boleh disertakan dengan perisian kamera lebih menarik yang membolehkan pengguna merakam imej dan video yang luar biasa dalam apa jua keadaan.

Masih tidak jelas mengenai konfigurasi kamera ini tetapi dijangka menggunakan sensor utama 50MP (LYT-900) dengan OIS. Selain itu timbul desas-desus bahawa sensor ultra-lebar 50MP (Samsung JN5), 50MP telefoto (Sony IMX858) dan 200MP periskop telephoto (Samsung HP9) yang melengkapi. Untuk swafoto, peranti dijangka menggunakan sensor 32MP (OmniVision OV32B).


Komen ()