Amat jarang saya melihat pengulas peranti negara barat memuji peranti mercu OnePlus lebih hebat berbanding Pixel, iPhone atau Samsung. Untuk OnePlus 13, ramai yang mula menerima penawaran Samsung walaupun masih ada kekurangan. Salah satu yang menjadi perbualan sekarang adalah bateri 6000mAh pada peranti nipis OnePlus 13 yang turut menyokong pengecasan 100W.
Terbaru, OnePlus dilaporkan sedang membangunkan bateri berkapasiti 8000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 80W pula.

Menariknya, bateri ini menggunakan teknologi karbon-silika dengan kepadatan tenaga lebih tinggi. Ia dikatakan mencapai 15% jumlah kepadatan. Dengan teknologi ini dan dibantu bersama pemantauan kesihatan bateri AI, bateri 8000mAh OnePlus boleh menjamin suhu rendah, ketahanan bateri berpanjangan, sokongan pengecasan pantas yang konsisten dan kurang risiko untuk berlakunya masalah kepada bateri.
Bateri ini diuji di makmal kajian di mana teknologi akhir akan digunakan oleh OnePlus atau Oppo. OnePlus dikatakan akan mengintegrasikan teknologi bateri 7000mAh terlebih dahulu sebelum menggunakan kapasiti 8000mAh ini. Kalau OnePlus 13 dengan bateri 6000mAh boleh bertahan selama hampir dua hari, adakah dengan 7K atau 8K mAh boleh mencapai sehingga 3 atau 4 hari?