Carian
Xiaomi 15 Ultra dan 15 Akan Dijual Di Malaysia Pada 2 Mac
February 25, 2025 Effi Saharudin

Xiaomi 15 Ultra dan Xiaomi 15 akan dilancarkan ke pasaran global pada 2 Mac depan ketika acara MWC Barcelona. Hari ini kedai atas talian rasmi Xiaomi di Shopee mengesahkan kedua-dua peranti mercu ini akan mula dijual di Malaysia pada tarikh yang sama.

Hanya pengesahan tarikh jualan sahaja telah disahkan tanpa pengumuman harga ataupun model yang akan memasuki pasaran Malaysia. Setakat yang diketahui ialah kedua-dua peranti menggunakan cip Snapdragon 8 Elite. Spesifikasi Xiaomi 15 pula adalah sama dengan model yang dilancarkan di China tahun lalu. Yang masih menjadi misteri ialah konfigurasi kamera Xiaomi 15 Ultra sama ada ia dipertingkat daripada model sebelum ini.

Sejak berkerjasama dengan Leica, Xiaomi lebih agresif menawarkan peranti mereka lebih awal ke pasaran global. Ia nyata membuahkan hasil kerana di Malaysia, Xiaomi ini pengeluar di tempat teratas dengan pegangan 16% pasaran telefon pintar.

Komen