Poco M7 5G Akan Dilancarkan Pada 3 Mac 2025
Amy Maizuraa
Poco telah memuat naik imej promosi baharu yang menunjukkan reka bentuk Poco M7 5G. Ia boleh disediakan dalam pilihan warna biru bersama modul kamera belakang berbentuk bulat. Telefon berkenaan juga akan dilancarkan pada 3 Mac 2025 dalam sebuah acara pelancaran yang berlangsung di India.

Poco M7 5G merupakan pengganti kepada Poco M6 5G dan dijangka diberi beberapa peningkatan dari aspek perkakasan dalaman. Memetik maklumat tertiris, Poco M7 5G dijangka hadir dengan cip Snapdragon 4 Gen 2, skrin 120Hz dan kamera utama 50MP. Bagaimanapun, semua maklumat ini hanya sekadar spekulasi semata, dan perubahan mungkin berlaku semasa pelancaran rasmi kelak.
Justeru itu dirasakan lebih baik kita nantikan kemaskini daripada Poco sendiri mengenai telefon terbarunya. Untuk rekod, Poco M6 sebelum ini telah dijual di Malaysia pada harga RM699 sebuah.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.