Garmin Tactix 8 kini tersedia di Malaysia. Jam tangan pintar taktikal ini hadir dalam dua pilihan panel iaitu AMOLED (47mm) dan Solar (51mm). Kedua-duanya juga dijual dengan harga jualan RM6,939, dan boleh didapatkan melalui kedai rasmi Garmin, serta pengedar sah mereka seperti Shopee, Lazada dan AECO.

Garmin Tactix 8 dilengkapi dengan pelbagai ciri seperti GPS multi-band, kompas, altimeter barometric, dan lampu suluh LED terbina dalam. Ia juga melepasi ketahanan air sehingga 40-meter melalui butang khusus. Selain itu diuji mengikut piawaian ketenteraan MIL-STD-810 untuk memastikannya mampu bertahan dalam pelbagai keadaan mencabar. Dengan pembesar suara dan mikrofon terbina pula membolehkan sebarang panggilan dibuat terus daripada jam tanga sekiranya perlu.


Terdapat juga fungsi Applied Ballistics yang sesuai untuk aktiviti menembak jarak jauh berdasarkan ciri senapang, peluru dan pelbagai keadaan persekitaran. Pengguna turut boleh melihat kontur bumi melalui fungsi TopoActive.Fungsi-fungsi lain yang turut melengkapi jam tangan ini termasuk ECG, Pulse Ox, Body Battery Energy Monitoring, Jet Lag Adviser, Advanced Sleep Monitoring, Nap Detection dan banyak lagi.