Carian
Samsung Akan Memberikan Kemaskini One UI 7 Bermula April
February 27, 2025 Effi Saharudin

Kita sudah di penghujung Februari 2025 tetap peranti Samsung masih belum menerima kemas kini One UI 7 yang berasaskan Android 15. Setakat ini hanya siri Galaxy S25, Galaxy A56, Galaxy A36 dan Galaxy A26 sahaja telah menggunakan sistem operasi ini. Hari ini maklumat telah tertiris menunjukkan garis masa bilakah peranti lain akan menerima kemas kini.

Siri Galaxy S24, S23, Flip6, Fold6, Flip5, Fold5 dan A54 adalah yang terawal akan menerimanya bermula April ini. Ini kemudiannya diikuti pula oleh siri S22, S21, Flip4, Fold4, Flip3, Fold3, A34,A33 dan A53 pada bulan Mei. Ini masih bukan senarai lengkap kemas kini kerana tidak mempunyai senarai untuk tablet. Sebelum ini kami terbitkan senarai 61 peranti yang akan menerima One UI 7.

Walaupun One UI 7 akan diterima peranti lebih lama, tidak semua ciri baharu pada siri Galaxy S25 boleh digunakan kerana kekangan kuasa NPU pada cip pemproses menurut Samsung. Sebagai contoh Now Bar dan Now Brief masih eksklusif untuk siri S25 dengan data diproses terus daripada peranti.

Komen