Honor berkongsi satu lagi ciri di bawah inisiatif Alpha Plan iaitu AI Agent baharu. Pada tahun lepas, HONOR memperkenalkan ejen kecerdasan buatan (AI) pada peranti mereka di IFA, yang menyokong ekosistem yang lebih mesra dan terbuka untuk semua. Kini, Honor bersedia membawa penyelesaian tersebut ke tahap yang lebih baik, berserta dengan pelan hala tuju untuk pelancaran global yang akan diumumkan pada MWC 2025.

Penyelesaian ini dijangka membawa impak besar dalam kehidupan harian dan tugas profesional, termasuk keupayaan membuat keputusan secara mandiri tanpa campur tangan manusia. Selain itu, ia juga mampu mengurus tugasan yang kompleks dengan lebih cekap, serta mewujudkan kerjasama yang lebih dinamik antara pelbagai ejen AI bagi menjadikan pengalaman teknologi lebih efisien.
Honor turut mengeluarkan video promosi pendek yang memberikan gambaran awal tentang ekosistem AI yang bersambung sepenuhnya. Dalam ekosistem ini, ejen AI boleh berkomunikasi dengan lancar lalu membuka peluang untuk integrasi teknologi yang lebih pintar.



Penyelesaian ini juga menjadi tambahan baharu kepada tiga ciri utama sebelumnya iaitu AI Connect, AI Upscale, dan AI Safety bagi menjadikan ekosistem AI Honor semakin canggih. Maklumat lanjut mengenai Honor Alpha Plan akan diumumkan pada acara MWC 2025.