Cari @ Amanz

Microsoft Mula Menawarkan Aplikasi Copilot Untuk macOS

Link Copied!

Microsoft selagi boleh memuatkan Copilot pada semua perkhidmatan mereka, selagi itu mereka akan melakukannya. Dengan kata lain, anda tidak perlukan aplikasi Copilot kerana aplikasi Microsoft lain akan ada ciri AI mereka yang sudah terbina. Terbaru, aplikasi tersendiri Copilot untuk macOS pula mula diperkenalkan.

Gedung aplikasi Apple App Store di Amerika dilihat mula menyenaraikan aplikasi Microsoft Copilot. Ia dilihat menawarkan ciri dan fungsi yang sama pada aplikasi di Windows, Android dan iOS. Pengguna boleh menjana teks, menjana imej, berbual bersama chatbot AI, serta melakukan kajian dengan Think Deeper.

Buat masa ini masih tidak pasti bila aplikasi ini akan tersedia untuk pengguna Malaysia. Mana tahu jika anda perlukan, kini anda tahu ia ditawarkan.


Komen ()