Honor Juga Menawarkan Sokongan 7 Versi Android dan Tampalan Sekurti
Aman
Honor hari ini berkongsi beberapa perkembangan semasa syarikat mereka, termasuk menyentuh berkenaan penawaran kemas kini sistem operasi untuk peranti-peranti di bawah keluaran mereka.
Jikalau sebelum ini Honor menjanjikan kemas kini selama 4 versi sistem operasi Android, hari ini bersempena MWC, Honor dilihat mengemaskini janji mereka, dan mengatakan akan menawarkan kemas kini selama 7 versi Android dan 7 tahun tampalan sekuriti meletakkannya setanding dengan Google dan Samsung.

Honor mengatakan akan menawarkan kemas kini selama 7 tahun untuk sistem operasi Android, dan juga kemas kini sekuriti. Dengan langkah ini, ia dilihat akan menarik minat pengguna yang inginkan kelapangan minda berkenaan berapa lama tempoh sokongan untuk peranti yang dibeli mereka.
Honor akan memulakan sokongan ini bermula model Honor Magic 7 Pro terlebih dahulu tetapi tiada maklumat sama ada ini hanyalah untuk peranti mercu sahaja. Samsung misalnya hanya menawarkan sokongan 7 tahun pada siri Galaxy S dan Galaxy Z. Siri Galaxy A yang baru dilancarkan minggu ini misalnya menerima sokongan 6+6 tahun.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.