Carian
Lenovo Melancarkan IdeaPad Slim 3x Dengan CPU Snapdragon X
March 3, 2025 Amy Maizuraa

Lenovo baru sahaja mengumumkan IdeaPad Slim 3x baharu yang dikuasai oleh pemproses Snapdragon X. Ia juga menawarkan pilihan memori mencapai 24GB 8448MHz LPDDR5x, storan 1TB PCIe SSD M.2 2242 Gen4 dan perisian Windows 11. Skrin pula sejenis OLED sebesar 15.1-inci dengan resolusi WQXGA (2560 x 1600), kadar segar semula 60Hz dan bernisbah aspek 16:10.

IdeaPad Slim 3x juga mempunyai bateri sebesar 60Whr, kamera HD, dua pembesar suara Dolby Atmos dan Bluetooth 5.4. Pilihan I/O disediakan terdiri dengan USB 3.2 Type-A Gen 1, SD Card Reader, USB 3.2 Type-A Gen 1, HDMI 1.4, USB 3.2 Type-C Gen 1 dan bicu audio 3.5mm. Dengan berat sekitar 1.6 kilogram bukanlah ringan tetapi dirasakan mudah dibawa kemana sahaja. IdeaPad Slim 3x akan tersedia mulai Mac 2025 dengan harga permulaan €599 (~RM2,784).

Komen