Carian
Nilai Bitcoin Kembali Naik Melepasi RM400K
March 3, 2025 Effi Saharudin

Minggu lalu nilai Bitcoin turut mendadak ke $86.138 (~RM380,000) berbanding nilai tertinggi $106,449 (~RM 469,652) yang dicapai pada 16 Disember tahun lalu. Ini adalah nilai terendah sejak 2025 bermula dan menongkah arus trend peningkatan yang berlaku selepas Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 6 November lalu.

Hari ini ia kembali mencanak naik ke $94,801 (~RM 424,082) selepas Presiden Trump mengumumkan Amerika Syarikat akan mempunyai rizab mata wang kripto dalam bentuk Bitcoin, ETH, XRP, SOL, dan ADA. Ini menurut beliau akan menjadikan Amerika negara kripto utama dunia. Selain Bitcoin, nilai mata wang kripto wang yang juga meningkat pasca pengumuman dilakukan.

Pengumuman dilakukan sehari selepas berita pelabur mengalami kerugian lebih $12 bilion kerana memiliki memecoin TRUMP yang dilancarkan oleh beliau sebulan yang lalu. Selain Trump, Presiden Argentina Javier Melei juga terpalit dengan skandal kripto selepas memecoin Libra selepas nilainya jauh mendadak selepas dipromosikan oleh beliau.

Komen