Carian
China Ingin Umum Polisi Yang Mengalakkan Penggunaan Cip Berasaskan Senibina RISC-V
March 4, 2025 Aman

China kini dilaporkan sedang melihat untuk mengumumkan polisi dalam memperluaskan dan meningkatkan penggunaan cip berasaskan RISC-V di negara tersebut. Ini juga dilihat sebagai langkah untuk mengatasi kebergantungan kepada teknologi yang dimiliki barat.

RISC-V merupakan teknologi sumber terbuka dalam merekabentuk senibina cip, yang turut boleh digunakan pada peranti seperti telefon pintar, mahupun pada pelayan. Pelbagai pihak sedia membangunkan cip berasaskan RISC-V, termasuk di Malaysia sendiri oleh USM. Sebelum ini juga, Qualcomm bersama beberapa pihak turut telah menubuhkan firma untuk mengalakkan senibina RISC-V.

China dikatakan sedang dalam proses mendraf polisi, dan mungkin mengumumkannya seawal bulan ini. RISC-V dengan penawaran sumber terbuka dijangka menjadi alternatif kepada teknologi seperti x86 dan juga Arm.

Komen