Carian
Realme 14 Pro Lite Dilancarkan Dengan Cip Snapdragon 7s Gen 2
March 4, 2025 Amy Maizuraa

Realme 14 Pro Lite 5G telah dilancarkan sebagai tambahan baharu dalam barisan telefon pintar Realme. Ia mempunyai paparan OLED 6.7-inci FHD+ yang menawarkan kadar segar semula 120Hz. Telefon ini dijana dengan cip Snapdragon 7s Gen 2, memori 8GB RAM, dan storan dalaman 256GB, serta ciri RAM maya untuk tambahan 8GB RAM.

Bateri 5,200mAh juga disediakan menyokong sistem pengecasan pantas 45W. Sistem kameranya pula beresolusi 50MP untuk sensor utama dan 32MP untuk kamera swafoto. Selain itu menggunakan sistem kamera HyperImage+ yang boleh mengoptimumkan bokeh, mod malam, dan tona kulit yang semula jadi.

Komen