Carian
Apple Mengemaskini Mac Studio Dengan Cip M4 Max Dan M3 Ultra – Harga Bermula RM8999
March 5, 2025 Aman

Bersama-sama pengenalan cip paling berkuasa terbaru, Apple turut mengumumkan kemaskini untuk komputer berprestasi tinggi mereka, Mac Studio. Mac Studio kini hadir dengan dua pilihan spesifikasi, sama ada menggunakan cip M4 Max atau M3 Ultra.

Dengan penawaran cip berkuasa terbaru ini, Mac Studio boleh digunakan untuk pemprosesan yang lebih tinggi dan pantas, terutamanya untuk tugasan seperti menjana animasi, pengaturcaraan, penyuntingan video, tugasan grafik, dan sebagainya.

Pengguna turut boleh melakukan pemilihan Mac Studio dengan memori sehingga 512GB RAM, dan juga storan sehingga 16TB. Mac Studio turut hadir dengan empat sambungan Thunderbolt 5, selain sambungan HDMI dan Ethernet. Apple turut mengekalkan dua port USB-A bersama dengannya, selain bicu audio 3.5mm, dan juga dua sambungan USB-C.

Di Malaysia, Mac Studio ditawarkan pada harga bermula RM8999 untuk pilihan cip M4 Max, dan bermula RM17999 untuk pilihan cip M3 Ultra.

Komen