Andrew G. Barto dan Richard S. Sutton telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Turing 2024 atas sumbangan mereka dalam bidang pembelajaran pengukuhan (reinforcement learning – RL) yang kini digunakan untuk melatih pelbagai model kecerdasan buatan seperti ChatGPT dan Gemini.

Pengumuman dilakukan oleh Association for Computing Machinery (ACM) semalam dengan Anugerah Turing ialah anugerah tertinggi dalam sains perkomputeran dengan ia menerima nama jolokan “Hadiah Nobel untuk Pengkomputeran”. Barto dan Sutton sudah melalukan kerjasama membangunkan teknik serta algoritma untuk RL sejak 1978.
Kajian awal mereka adalah asas kepada ejan, robot dan AI yang kini belajar melakukan pelbagai tugasan yang diberikan daripada kesilapan dan eksperimentasi sendiri. Tanpa usaha Barto dan Sutton, kecerdasan buatan (AI) seperti DeepBlue dan AlphaGo tidak dapat mengalahkan manusia dalam permainan catur dan Go.
Pemenang Anugerah Turing menerima hadiah dalam bentuk wang tunai $1 juta. Anugerah dengan nama penuhnya ACM A. M. Turing Award telah diberikan sejak 1966 untuk menghargai sumbangan individu dalam dunia perkomputeran. Antara pemenangnya sebelum ini ialah Tim Berners-Lee, Yann LeCun, Geoffrey Hinton dan Frances Allen.