Carian
Samsung Galaxy A06 5G Tersedia Di Malaysia Dengan Harga RM699
March 6, 2025 Amy Maizuraa

Samsung Galaxy A06 5G kini tersedia di Malaysia dengan harga jualan RM699. Telefon pintar ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu Light Green, Light Gray, dan Black. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya secara eksklusif melalui pelan telekomunikasi terpilih seperti CelcomDigi, Hotlink, U Mobile, Unifi Mobile atau YES Mobile.

Samsung Galaxy A06 5G dilengkapi skrin LCD HD+ sebesar 6.7-inci dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dijana dengan cip Mediatek Dimensity 6300, memori 6GB RAM dan storan 128GB. Kamera utama terdiri dengan 50MP + 2MP manakala kamera hadapan pula sebesar 8MP. Bateri 5000mAh disediakan menyokong pengecasan pantas 25W. Samsung juga menjanjikan kemaskini android selama empat tahun pada peranti baharu ini.

Komen