Samsung Galaxy A06 baharu dilancarkan dengan keupayaan 5G dan harga yang mampu milik. Ia boleh dijadikan alternatif menarik kepada pengguna yang mahukan peranti kasual mampu milik. Dalam konteks ini alternatif itu bermaksud boleh digunakan dalam sebahagian besar aktiviti harian biasa.

Samsung Galaxy 06 5G mempunyai skrin LCD 6.7” dengan resolusi HD+ tetapi lebih baik dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dijana dengan cip Dimensity 6300, memori sehingga 12GB RAM, storan 128GB dan ciri RAM Plus. Ia turut diperakui dengan penarafan IP54 untuk pelindungan habuk dan percikan air. Diikuti juga pengimbas cap jari sisi untuk tujuan sekuriti.

Kamera utama 50MP dan kedalaman 2MP disediakan di belakang manakala kamera hadapan 8MP pula menjanjikan panggilan video dan gambar selfie berkualiti tinggi. Bateri juga besar 5000mAh dengan pengecasan 25W. Pada masa yang sama akan tersedia dengan Android 15 dan OneUI 7 untuk pengalaman perisian terkini. Samsung juga menjanjikan kemaskini android selama empat tahun pada peranti baharu ini. Harga jualan bermula INR 10499 (~RM 535), INR11499 (~RM 586) dan INR12999 (~RM 662).