Carian
Transaksi Google Pay CIMB Melebihi RM250 Tidak Lagi Memerlukan PIN Mulai 25 Mac 2025
March 7, 2025 • Amy Maizuraa

CIMB mengumumkan bahawa mereka akan mengemaskini kaedah transaksi Google Pay. Bermula 25 Mac 2025, sebarang transaksi Google Pay menggunakan kad kredit CIMB Mastercard yang melebihi RM250 tidak lagi memerlukan pengesahan kad PIN. Sebaliknya ia akan diganti dengan imbasan wajah (Face ID), cap jari atau kod laluan dompet digital (Google Wallet). Ini bermakna proses pembayaran kelak menjadi lebih mudah dan cepat bagi semua pengguna.

Untuk konteks, sistem pembayaran digital ini mula ditawarkan di Malaysia sejak November 2022. Ini juga merupakan kemaskini baharu selepas CIMB mengumumkan aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025. Justeru mereka yang masih menggunakan aplikasi berkenaan disarankan untuk beralih ke CIMB OCTO dengan kadar segera dalam memastikan urusan perbankan yang lancar.

Komen