Carian
Nilai Kripto Susut Selepas Amerika Menubuhkan Rizab Kripto Strategik Kebangsaan
March 7, 2025 Effi Saharudin

Nilai mata wang kripto utama dunia susut secara mendadak selepas Presiden Trump menandatangani Arahan Eksekutif menubuhkan rizab strategik kripto Amerika Syarikat. Rizab akan mengumpulkan kesemua mata wang kripto dan aset digital yang dirampas daripada kegiatan jenayah yang dilakukan di dalam negara.

Sebelum ini Amerika Syarikat melelong kripto dan aset digital seperti NFT milik penjenayah selepas kes mahkamah selesai. Sebelum ini apabila berita ura-ura rizab strategik akan ditubuhkan oleh Amerika Syarikat mula berlegar, nilai kripto meningkat.

Kali ini nilai kripto jatuh kerana ramalan Amerika Syarikat akan membeli kripto untuk dilambakkan ke dalam rizab kebangsaan adalah jauh menyimpang. Ketika artikel ditulis, nilai Bitcoin ialah sekitar $87.77 ribu berbanding $90.4 ribu sebelum pengumuman dilakukan.

Komen