Universiti Multimedia (MMU) akan menubuhkan Fakulti Kejuruteraan Kecerdasan Buatan (FAIE) pada Julai 2025. Fakulti ini akan menggantikan Fakulti Kejuruteraan (FOE) sedia ada, dengan tujuan mengukuhkan lagi pendidikan dan penyelidikan dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

FAIE akan menawarkan program Sarjana Muda Sains (Kepujian) (AI Gunaan), iaitu kursus sepenuh masa selama tiga tahun yang akan memulakan pengambilan pada Julai 2025.
Program ini memberi penekanan pada penggunaan teknologi seperti pembelajaran mesin dan automasi untuk menyelesaikan pelbagai cabaran sedia ada, termasuk penjagaan kesihatan pintar, kenderaan autonomi, pertanian pintar dan pembantu digital yang disesuaikan.
Fakulti ini juga akan dilengkapi dengan kemudahan makmal canggih yang direka dengan kerjasama diantara pelajar, penyelidik serta rakan industri. Dalam pada itu, program Sarjana Muda Kejuruteraan sedia ada juga akan ditambah baik dengan elemen AI untuk menguasai kemahiran teknologi terkini.

Penubuhan ini boleh dianggap sebagai satu langkah menarik dalam mengukuhkan pendidikan dan penyelidikan AI di negara ini. Malahan, ia juga meluaskan peluang pelajar untuk mengakses teknologi AI terkini seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang juga mempunyai fakulti AI sebelum ini.