Carian
Instagram Sedang Membangunkan Ciri Perbualan Komuniti Seakan Discord
March 7, 2025 Nazrin

Bersama-sama dengan pengumuman tentang aplikasi Edits yang sedang dibangunkan oleh Instagram untuk tujuan suntingan foto dan video yang lebih mendalam, Instagram juga nampaknya sedang membangunkan sebuah ciri baru dimana pencipta kandungan boleh memperkenalkan komuniti terbina dimana pengikut-pengikut mereka boleh berbincang dengan satu sama lain dalam satu lokasi, seakan-akan aplikasi Discord.

Fungsi ini secara teknikalnya masih belum diberikan nama, tetapi ia telah dipanggil “Community Chat” dan dikongsi oleh Alessandro Paluzzi di Threads, dimana seramai 250 pengikut boleh dimasukkan kedalam kumpulan ini untuk berborak dengan satu sama lain.

Fungsi Community Chat ini juga nampaknya akan hadir dengan kebolehan untuk membolehkan pemilik komuniti untuk mengawal kandungan, dan Instagram juga akan memastikan bahawa semua peraturan platform tersebut diikuti.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Instagram akan memperkenalkan ciri ini, tetapi ia nampaknya sedang dibangunkan dan berada dalam fasa ujian dalaman, dan tiada pelan untuk mengujinya secara terbuka.

Komen