Tikus Berbulu Lebat Dihasilkan Untuk Mengembalikan Gajah Mamot Yang Pupus
Effi Saharudin
Gajah mamot dipercayai pupus sekitar 4000 tahun lalu disebabkan perubahan suhu dan diburu oleh manusia. Sungguhpun begitu bangkai mamot masih ditemukan terpelihara di bawah lapisan fros kekal di Siberia. Colossal Biosciences ialah antara syarikat yang ingin mengembalikan semula spesis gajah yang telah pupus dan minggu ini mereka menujukan bagaimana ia akan dilalukan.

Sepasang tikus berbulu tebal seakan mamot telah berjaya dihasilkan oleh Colossal Biosciences menggunakan teknik suntingan CRISPR. Embrio tikus makmal telah disunting dengan 7 gen mamot telah diperkenalkan sebelum ia ditempel ke dalam seekor tikus betina. Hasilnya ialah tikus yang mempunyai genetik gabungan tikus dan mamot.
Menurut Colossal Biosciences teknik yang sama akan digunakan untuk menghasilkan semula mamot menggunakan embrio gajah Asia seawal 2028. Selain mamot, Colossal Biosciences juga ingin mengembalikan semula harimau tasmania dan burung dodo.
[sumber] Nature [/sumber]