Carian
Laman E-Dagang Nothing.Tech Kini Aktif Untuk Pengguna Malaysia
March 7, 2025 Fahim Zahar

Hari ini, selain mengumumkan ketibaan siri Nothing Phone (3a) untuk pasaran Malaysia, Nothing Malaysia turut mengumumkan laman e-dagang mereka kini aktif untuk pengguna tempatan.

Laman web nothing.tech di Malaysia sebelum ini terhad kepada maklumat produk, blog dan pautan ke laman e-dagang lain. Selepas bertahun laman e-dagang nothing.tech dibuka kepada pengguna di negara luar, ia kini dibuka untuk pengguna Malaysia. Sekarang, hanya produk Nothing Audio seperti Ear (open), Ear (a) dan Ear boleh dibeli.

Esok, sempena pembukaan pra-tempahan Nothing Phone (3a) dan Nothing Phone (3a) Pro dua peranti turut boleh ditempah terus pada nothing.tech.

Bukan itu sahaja, Nothing Malaysia turut mengumumkan kerjasama program tukar beli peranti lama kepada Nothing Phone berama Remobie Malaysia. Remobie mengambil iPhone 15 Pro Max 1TB set rasmi Malaysia dengan kotak lengkap bersama semua aksesori pada harga RM4,020 untuk membeli kedua-dua Phone (3a) dengan baki RM322.

Komen