Carian
Nilai Bitcoin Menjunam Lagi Ke $80,000
March 10, 2025 Effi Saharudin

Nilai mata wang kripto Bitcoin menjunam ke $80,186 (~RM 354,822) pagi tadi yang adalah lebih rendah daripada nilai sekitar $87,000 minggu lalu. Ketika artikel ditulis nilai Bitcoin meningkat semula ke $$82,625 (~RM 366,000) tetapi ini masih adalah penurunan sekitar 4% hari ini.

Seperti minggu lalu, nilai Bitcoin terjejas disebabkan oleh pengumuman rizab mata wang kripto dan aset digital Amerika Syarikat yang tidak akan melibatkan pembelian kripto oleh kerajaan. Sebaliknya ia sekadar mengumpul mata wang kripto dan aset digital yang dirampas daripada kegiatan jenayah. Sebelum ini aset digital yang dirampas akan dilelong selepas kes selesai sehingga dilihat merugikan kerana nilai kripto yang meningkat sejak November tahun lalu.

Komen