Carian
Apple Sekali Lagi Menang Saman – Satu Lagi Filem Dibuktikan Tidak Diciplak
March 10, 2025 Fahim Zahar

Dua tahun lepas, Apple di saman oleh penulis Gizmodo kerana mendakwa karya filem Tetris lakonan Taron Egerton dan arahan John S. Baird meniru buku beliau The Tetris Effect: The Game That Hypnotized the World. Saman dikenakan selepas Ackerman berkongsi nukilan buku kepada The Tetris Company dan mendapati jalan cerita filem sama dengan buku tetapi Ackerman diugut untuk tidak menghasilkan filem ini sendiri.

Terbaru, Apple dilaporkan sekali lagi telah menang. Mahkamah memutuskan yang filem Apple Originals berjudul Tetris tidak mempunyai persamaan dengan nukilan Ackerman pada buku beliau kerana penceritaan yang direka tidak sama. Penyampaian cerita juga adalah tidak sama. Persamaan yang ada hanyalah pada fakta, di mana tidak menjadi masalah untuk digunakan oleh Apple TV.

Ini bukan kali pertama Apple menang saman terhadap kandungan Apple Originals. Sebelum ini, siri TV Servant didakwa turut ditiru namun berjaya dibuktikan ianya tidak. Kes seperti ini kerap berlaku, apabila populariti kutipan filem A tidak memadai tetapi kutipan filem B dengan konsep dan jalan cerita sama laris – pencipta filem A akan cuba menyaman pencipta filem B.

Komen