Carian
Telefon Pintar Acer Bakal Dilancarkan Dengan Penjenamaan Acerpure
March 10, 2025 Amy Maizuraa

Acer dijangka Kembali ke segmen telefon pintar dengan memperkenalkan model baharu di bawah jenama Acerpure. Peranti ini dijadualkan dilancarkan pada 25 Mac akan datang dengan India sebagai lokasi pelancaran pertama. Kedua-dua model tersebut iaitu Acerpure Acerone Liquid S162E4 dan Acerpure Acerone Liquid S272E4 turut dilihat disenaraikan melalui halaman rasmi Acer India bersama spesifikasi penuh.

Acerpure Acerone Liquid S162E4 dilengkapi skrin LCD HD+ sebesar 6.5-inci, cip pemproses cip MT6765 (MediaTek Helio P35), kamera utama 16MP, kamera swafoto 5MP serta bateri berkapasiti 5,000mAh. Sementara itu, Acerpure Acerone Liquid S272E4 menawarkan skrin lebih besar iaitu 6.74 inci, kamera utama 20MP, perisian Android 14, dan bateri 5,000mAh. Tiada harga jualan didedahkan setakat ini.

Komen