Cari @ Amanz

Pocket Casts Web, Mac Dan PC Kini Boleh Diakses Secara Percuma

Link Copied!

Pocket Casts adalah salah satu platform penstriman podsiar yang kini menjadi semakin popular. Ini kerana mereka memfokuskan kepada podsiar sahaja dan tidak menyertakan penstriman audio lain seperti YouTube Music atau Spotify. Bulan Jun tahun lepas, aplikasi baharu diperkenalkan tetapi memerlukan langganan untuk diakses. Kini, Pocket Casts web, PC dan Mac percuma untuk diakses oleh semua.

Pocket Casts menyedari yang platform mereka dari awal adalah bersifat sumber terbuka seakan suapan RSS tetapi untuk podsiar. Mereka turut sedari yang pengguna sepatutnya mudah untuk mendapatkan kandungan podsiar terkini serta tidak disajikan dengan platform podsiar yang hanya memfokuskan cadangan kandungan melalui algoritma atau AI. Ya, perubahan ini akan memastikan semua kandungan podsiar pada Pocket Casts percuma untuk diakses sepenuhnya.

Langganan Pocket Casts Plus kini diubah untuk ciri eksklusif seperti menyusun podsiar kegemaran mengikut folder, menawarkan ciri rombak episod yang pintar, membolehkan pengguna menanda detik kegemaran dalam podsiar, sokongan pada Wear OS dan watchOS dengan storan awan 20GB, ciri kustomasi antaramuka aplikasi dan juga akses kepada kandungan eksklusif terbitan Slumber Studios.

Untuk mula menggunakan Pocket Casts secara percuma, anda boleh muat turun aplikasi mereka melalui pautan di bawah atau terus tekan untuk mengakses pemain web.


Komen ()