Samsung Galaxy S25 Edge akan dilancarkan sekitar April depan dengan ia akan menjadi telefon pintar ternipis pernah dikeluarkan oleh Samsung. Banyak misteri mengenai peranti ini mula tertiris semenjak ia diacah pada Januari lalu. Terkini kapasiti baterinya pula tertiris selepas ia melepasi laman pensijilan peranti di Denmark.

Saiz bateri ialah 3900 mAh sahaja ini adalah lebih kecil berbanding Galaxy S25+ (4900 mah) yang mempunyai saiz skrin yang dan Galaxy Z Flip6 (4000 mAh) yang merupakan sebuah peranti katup. Dengan saiz baterinya yang kecil, kemampuannya untuk bertahan sepanjang hati akan menjadi antara persoalan pertama.
Saya telah melihat sendiri S25 Edge di MMWC Barcelona minggu lepas dan sebarang minat untuk menggunakannya hilang ke udara seperti wap air di hari yang panas. Rekaannya pada hemat saya tidak seimbang kerana bonggol kamera belakang yang terlalu besar serta hanya sekadar dilengkapi dua kemera sahaja.