Platform media sosial yang mempunyai lebih 8 juta pengguna di Malaysia perlu mendapatkan lesen untuk beroperasi sejak 1 Januari lalu. Keputusan diumumkan oleh kerajaan pada pertengahan 2024 dengan permohonan lesen telah dibuka sejak Ogos lalu. Namun begitu Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan setakat ini Google, Meta dan X masih lagi belum menerimanya.

X masih berkeras mereka tidak mempunyai 8 juta pengguna. Meta yang mengendalikan Facebook, WhatsApp dan Instagram sekadar menyatakan minat untuk bertemu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membincangkan permohonan lesen. Google pula sebelum ini tidak bersetuju YouTube dikategorikan sebagai media sosial.
Setakat ini hanya Telefram , TikTok, dan WeCha sahaja yang sudah menerima lesen operasi. Sementara itu SKMM sudah melakukan pertemuan dengan Microsoft berkenaan pelesenan LinkedIn. Pelesenan media sosial di Malaysia dilihat sebagai langkah untuk menyelesaikan isu penipuan dan penyebaran maklumat palsu menggunakan platform popular yang sudah lama berlarutan. Tetapi dengan kerajaan enggan mengharamkan platform yang beroperasi tanpa lesen, tiada insentif untuk pengendali platform untuk memohonnya.