Carian
Cip MediaTek Dimensity 9400+ Mungkin Dilancarkan Pada April 2025
March 14, 2025 Amy Maizuraa

Mediatek telah menjadualkan persidangan pembangun pada 11 April 2025 di China. Persidangan itu bertujuan untuk mengumpul para pembangun dari pelbagai sektor bagi berkongsi idea dan inovasi yang relevan dengan teknologi kecerdasan buatan (AI). Pada masa yang sama membantu pembangun untuk memahami lebih lanjut bagaimana cara AI boleh diterapkan dalam pelbagai bidang seperti Internet Benda (IoT), permua, sistem kamera dan banyak lagi.

Selain itu, Mediatek juga dijangka memperkenalkan cip mercu baharu Dimensity 9400+ pada persidangan tersebut. Kita boleh menjangkakan ia akan membawa ciri menarik baharu, termasuk kecekapan yang lebih tinggi dan kuasa pemprosesan berkuasa. Walaupun belum pasti, cip ini dikatakan masih mengekalkan binaan yang sama dengan Dimensity 9400 sebelum ini. Peningkatan mungkin diberikan pada prestasi CPU, selain itu digunakan oleh beberapa pengeluar termasuk Oppo, vivo dan lain-lain.

Komen