Carian
Notepad Di Windows 11 Akan Menyokong Ciri Rumusan AI
March 14, 2025 Fahim Zahar

Ctrl + A, Ctrl + C dan Ctrl + V selesai melakukan tugas salin dan tampal. Siapa sahaja yang tidak pernah melakukan aktiviti “kopipes” ini ketika melakukan tugasan berbentuk esei, artikel dan lain-lain? Akan datang, Microsoft akan membawakan kekunci pintasan untuk teks baharu pula iaitu Ctrl +M khusus untuk AI di dalam aplikasi Notepad.

Seperti yang semua sedia maklum, aplikasi Notepad di dalam Windows 11 telah pun menerima sokongan ciri AI generatif dalam bentuk alatan menulis. Pintasan kekunci Ctrl + M nanti adalah untuk merumuskan kandungan dengan AI. Jika anda ada nota yang panjang berjela, tekan dua kekunci ini dan kandungan akan dirumuskan mengikut kemampuan Copilot yang terkini.

Ciri ini diedarkan di dalam kemas kini Windows Insider terkini dengan aplikasi Notepad versi 11.2501.29.0. Untuk menggunakannya, anda perlu log masuk akaun Microsoft dan jika tidak berminat ciri AI ini turut boleh dimatikan sepenuhnya.

Komen