Carian
Android 16 Beta 3 Kini Boleh Dimuat Turun
March 14, 2025 Effi Saharudin

Android 16 Beta 3 kini boleh dimuat turun pada peranti-peranti Pixel yang disokong oleh Google. Beta terkini ini ialah yang terakhir diberikan sebelum Android 16 memasuki fasa platform stabil sebagai persediaan ia diberikan sebagai kemas kini versi akhir. Selepas tiga pusingan Beta, Google akan menggunakan bulan-bulan mendatangkan menyelesaikan pelbagai pepijat dan isu yang dilaporkan oleh pengguna.

Pada ketika ini pelancaran Android 16 adalah mengikut jadual yang telah diterbitkan oleh Google sebelum ini. Jika semuanya berjalan lancar, Android 16 versi akhir akan boleh dimuat turun peranti Pixel seawal Jun depan sementara pengeluar peranti lain akan memberikan kemas kini seawal Oktober 2025.

Pembangunan Android 16 diawalkan dan dipercepatkan tahun ini bagi memastikan Pixel 10 dilancarkan dengannya. Tahun lalu siri Pixel 9 dilancarkan dengan Android 14 yang menimbulkan kemarahan peminat kerana ia kehilangan satu kemas kini versi Android dalam tahun pertama peranti dibeli.

Komen