Carian
CIMB Minta Pengguna Google Pay Guna Kad Fizikal Mastercard Untuk Transaksi Lebih RM250
March 16, 2025 Aman

CIMB kini telah mengeluarkan notis baharu khusus untuk pengguna Google Wallet yang menggunakan kad kredit CIMB Mastercard. CIMB meminta pengguna yang menggunaka kad kredit CIMB Mastercard untuk menggunakan kad fizikal untuk pembayaran melangkaui RM250.

Google Pay

Ini sekaligus memperlihatkan pengguna Google Wallet atau Google Pay perlu menggunakan kad fizikal untuk transaksi lebih RM250 dan tidak boleh menggunakan pembayaran secara maya atau digital.

Pada awalnya, CIMB merancang untuk memperkenalkan ciri pengesahan menggunakan imbasan wajah, cap jari atau kod laluan dompet digital untuk transaksi melebihi RM250. Namun, ciri berkenaan kini dilihat tertangguh, dan pengguna perlu menggunakan kad fizikal untuk transaksi melebihi RM250, dan tidak boleh menggunakan Google Pay buat masa ini.

CIMB mengatakan mereka akan berkongsi kemaskini lanjut berkenaan Google Wallet untuk CIMB ini – namun tidak menyatakan sebarang latar masa untuknya.

Komen