Carian
Majoriti AI Didapati Mempunyai Dua Kelemahan Yang Sama Seperti Budak Sekolah Rendah
March 18, 2025 Effi Saharudin

Menurut penyelidik di DeepMind, terdapat 5 tahap kecerdasan am buatan (AGI) dengan kecerdasan buatan (AI) sekarang sudahpun mencecah tahap 1 AGI. Sugguhpun model AI sedia ada lebih cerdas berbanding kebanyakan manusia dalam mengeluarkan fakta serta melakukan kajian, penyelidik dari University of Edinburgh, Scotland mendapati majoriti AI mempunyai kelemahan yang sama seperti budak sekolah rendah.

AI didapati sukar membaca muka jam analog dan kandungan kalender. Apabila disuruh membaca waktu jam analog, AI hanya memberikan jawapan yang tepat pada kadar 25% sahaja. Kesukaran membaca meningkat apabila jarum jam mempunyai rekaan yang tidak konvensional dan muka jam pula menggunakan angka Roman.

Apabila disuruh mencari hari cuti dan tarikh masa depan di kalender pula, AI yang terbaik melakukan kesilapan setiap 1 dalam 5 kali. Kajian University of Edinburgh ini menunjukkan model AI sedia ada masih memerlukan lebih banyak latihan multimodal supaya kemampuan membaca jam dan kalendernya lebih baik berbanding budak sekolah rendah. Kertas kajian ini akan dibentangkan di acara International Conference on Learning Representations (ICLR) di Singapura pada 28 April 2025 depan.

Komen