Cari @ Amanz

OpenAI, DeepMind dan Meta kesemuanya sedang bertungkus lumus membangunkan kecerdasan am buatan – AGI (Artificial General Intelligence) yang merupakan tahap kecerdasan buatan (AI) yang setaraf ataupun lebih baik berbanding kecerdasan manusia. Awal tahun ini CEO Google DeepMind mengatakan AGI akan dicapai dalam masa beberapa tahun sahaja lagi. Minggu ini penyelidik di DeepMind menerbitkan lima tahap pengelasan untuk AGI dengan salah satu daripadanya telahpun dicapai.

Otak

Lima pengelasan tahap AGI yang dicadangkan ialah emerging (berkembang), competent (kompeten), expert (pakar), virtuoso (virtuoso) dan superhuman (adimanusia). Pada waktu ini AGI tahap emerging telah dicapai oleh ChatGPT dan Bard yang boleh melakukan beberapa tugasan sebaik atau lebih baik daripada manusia.

Untuk mencapai tahap tertinggi superhuman, AGI perlu berkemampuan meramal masa hadapan dengan tepat (seperti ramalan kaji cuaca DeepMind GraphCast AI), berbicara dengan haiwan dan membaca fikiran manusia.

Tahun 2023 secara rasminya ialah “Tahun AI” kerana puluhan model AI telah diumumkan oleh pelbagai syarikat teknologi utama. Penggunaannya dalam kehidupan harian juga semakin menjadi normal dengan ChatGPT digunakan ratusan juta pengguna setiap minggu. Adakah kita akan dapat melihat AGI dalam masa terdekat? Apakah impaknya apabila AGI yang lebih cerdas daripada manusia wujud?

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd