Cari @ Amanz

Audio Overviews Dan Canvas Kini Ke Google Gemini – Jana Podsiar Dan Sunting Teks Bersama AI

Link Copied!

Dikemaskini 21/03/2025: Hanya dua hari lepas Google mengumumkan kehadiran Audio Overviews dan Canvas ke dalam Gemini, hari ini ia telah tiba ke dalam peranti Android dan web. Ciri ini boleh digunakan ketika pengguna memuat naik fail dokumen, cadangan untuk berbual bersama Gemini atau menjana Audio Overviews akan muncul. Pilihan lain adalah menggunakan Deep Research dan hasil laporan boleh menjadi perbincangan podsiar oleh AI.


Artikel asal, 19/03/2025: Hari demi hari penggunaan Google Gemini semakin menarik dan berguna. Terbaru, Google telah memperkenalkan AI Overviews dan Canvas pula untuk produktiviti terbaik.

AI Overviews adalah salah satu ciri daripada NotebookLM, di mana pengguna boleh memuat naik apa-apa dokumen untuk AI melakukan analisa dan kemudian menjana kandungan audio dengan dua hos berbincang mengenai dokumen tadi dalam format podsiar. Ciri ini nanti akan muncul sebagai cadangan selepas pengguna memuat naik fail atau mendapatkan laporan Deep Research. Ciri ini memerlukan langganan Google One AI Premium dan tersedia di dalam aplikasi serta web.

Canvas adalah tempat suntingan teks di dalam Gemini. Setiap suntingan yang dilakukan akan berubah secara masa nyata. Misalnya, selepas satu maklum balas dijana – pengguna boleh pilih teks tertentu atau perenggan untuk Gemini menjana semula. Pengguna turut boleh memilih sama ada ingin janaan semula tadi lebih panjang, pendek, sangat panjang atau sangat pendek – selain turut mengubah tona bahasa seperti sangat kasual, kasual, formal atau sangat formal. Pada masa yang sama, Gemini sendiri turut boleh memberikan cadangan suntingan apa yang patut dilakukan.

Di dalam Canvas, pengguna turut boleh melakukan suntingan kod atau menjana pra-lihat kerja-kerja kod yang telah dilakukan. Misalnya rekaan laman web dengan HTML atau permainan web dengan kod-kod tertentu – Gemini boleh memberi anda bayangan visual apakah hasil kerja anda lakukan dengan bantuan mereka.

Ciri baharu ini akan diberikan kepada semua pengguna dalam masa terdekat secara berperingkat. Pengguna turut perlu memastikan yang langganan Google One AI Premium kekal aktif.


Komen ()