Perplexity, Copilot, ChatGPT dan Gemini adalah antara perkhidmatan chatbot AI yang kini mempunyai mod berbual. Pengguna boleh berbual dengan setiap AI seakan berbual bersama rakan sebenar dan ciri lebih kurang sama ini akhirnya akan diperkenalkan pada Claude AI.

Menurut Ketua Pegawai Produk Anthropic, Mike Krieger – ciri ini telah pun dirancang untuk ditawarkan kepada pengguna. Malah, prototaip turut telah dibangunkan dan melihat penggunaannya pada desktop mungkin lebih membantu dan memberi banyak manfaat kepada pengguna. Menariknya, mod berbual Claude AI ini dikatakan mungkin akan melibatkan Amazon iaitu salah satu pelabur besar mereka yang juga kini telah mempunyai Alexa+ dan turut akan bekerjasama dengan ElevenLabs.
Butiran mengenai mod perbualan ini masih misteri seperti adakah ia terhad kepada pengguna berbayar sahaja, adakah hanya untuk pengguna desktop dan adakah ia akan menjadi pesaing kepada Gemini yang turut boleh menjadi pengganti kepada pembantu maya utama peranti pengguna? Sama-sama kita nantikan.