Carian
Google Akan Kembali Menggunakan ISP Sendiri Pada Tensor G5
March 19, 2025 Fahim Zahar

Google Pixel 10 mungkin akan menjadi peranti Google yang ‘terpaling’ Google. Ini kerana buat pertama kalinya, keseluruhan pembangunan peranti adalah oleh Google sendiri dan tidak lagi bergantung kepada Samsung seperti untuk cip Tensor G mereka. Pixel 10 juga adalah peranti di mana cip yang digunakan dikeluarkan oleh TSMC. Terkini, Google dikatakan turut akan mempunyai pemproses isyarat imej (ISP) tersendiri.

Google Tensor

ISP ini dikatakan turut akan dikeluarkan oleh TSMC. Walaupun begitu, ia masih akan melibatkan Samsung sedikit. Berikut adalah butiran untuk cip Tensor G5, seperti setiap elemen/komponen siapa yang bertanggungjawab;

  • GPU: Arm Mali > Imagination Technologies DXT
  • Video codec: Google “BigWave” & Samsung MFC > Chips & Media WAVE677DV
  • Display controller/2D GPU: Samsung DPU > VeriSilicon DC9000
  • Image Signal Processor: Google-customized Samsung ISP > Rekaan Google 100%
  • Physical layer controllers: Samsung > teras oleh Synopsys DesignWare IP
  • SPMI controller: Samsung > SmartDV SPMI
  • PWM controller: Samsung > Faraday Technologies FTPWMTMR010
  • UFS controller: Samsung > Pihak ketiga yang tidak dikenali.

Ini bukan kali pertama Google menggunakan ISP tersendiri. Sebelum era Pixel dijana cip Tensor, Google menggunakan ISP sendiri pada cip Snapdragon seperti Pixel Visual Core pada Pixel 2 dan Pixel Neural Core pada Pixel 4. Pengguna mungkin tidak akan melihat banyak perubahan drastik, selain mungkin pada pasca proses setiap gambar dan video. Sama-sama kita nantikan kehadiran Pixel 10 tidak lama lagi.

Komen