Core Devices adalah pengeluar jam tangan pintar baharu untuk Core 2 Duo dan Core Time 2. Ia adalah jam PebbleOS baharu daripada pengasas yang sama iaitu Eric Migicovsky dan ia sudah pun boleh dipra-tempah. Jam Core baharu ini menggunakan rekaan dan konsep yang sama dengan Pebble 2 dan Pebble Time 2. Migicovsky turut berkongsi yang jika anda adalah pengguna Apple Watch dan memilih jam-jam Core sebagai pengganti, anda akan menyesal.

Ini kerana menurut Migicovsky, Apple telah memastikan Apple Watch adalah aksesori terbaik untuk iPhone sebagai pelengkap ekosistem. Untuk jam Core 2 Duo dan Core Time 2, penggunaannya sangat terhad dan pengguna tidak akan menerima pengalaman penggunaan yang sama atau lebih kurang sama dengan Apple Watch. Migicovsky menyenaraikan beberapa masalah utama jika dua jam PebbleOS ini digunakan bersama iPhone;
- Aplikasi yang baik akan diperkenalkan, namun ia sangat leceh dan kemas kini mungkin perlahan.
- Tiada pilihan untuk menghantar mesej, membalas atau melakukan aksi seperti balas kemudian, halang dan sebagainya.
- Komunikasi antara aplikasi dalam iPhone dengan jam sangat terhad.
- Aplikasi untuk mengawal jam jika ditutup pada iPhone, aplikasi lain dan Internet tidak boleh diakses.
- Jam tidak boleh digunakan jika iPhone aktif digunakan.
- Sokongan muka jam, aplikasi, widget dan lain-lain untuk jam Core pada aplikasi sukar dibangunkan.
Eric Migicovsky sebenarnya kecewa dengan Apple kerana menyatakan yang sistem tertutup Apple Watch adalah untuk privasi, sekuriti dan pengalaman pengguna terbaik.