Telefon terkini Honor 400 Lite dilihat mula menjadi perhatian. Kalau diikutkan telefon itu masih belum dilancarkan secara rasmi namun didapati mula disenaraikan untuk dijual oleh peruncit di Eropah. Tanda harga dan imej rasmi turut didedahkan tetapi tiada pula butiran tentang spesifikasi yang ditemui setakat ini.



Honor 400 Lite boleh didapati dalam tiga warna berbeza iaitu hitam, kelabu dan biru turquoise. Antara yang menarik perhatian ialah rekaan yang menyerupai sebuah Huawei Pura70 terutamanya di bahagian kamera. Ia menggunakan bonggol kamera dengan lensa kamera yang disusun sepenuhnya sama seperti Huawei Pura70. Cuma saiz lensa adalah sama besar dan hanya dwi-kamera yang digunakan. Skrin pula dilihat rata dengan lubang berbentuk pil untuk kamera swafoto.
Keadaan ini juga bukanlah kali pertama Honor menawarkan versi Lite untuk barisan telefon pintarnya. Tiada tarikh pelancaran rasmi diketahui dan sama-sama nantikan kemaskini daripada Honor sendiri.