Robot Boston Dynamic Atlas telah dikemaskini tahun lalu dengan rekaan serba baharu dan mempunyai lebih banyak sendi berbanding versi asal. Sebelum ini ia telahpun mempunyai kemampuan untuk menari, melompat, mendaki tangga dan balik kuang seakan akrobat manusia. Terkini Atlas telah dikemaskini dengan kemampuan melakukan aksi putar roda, melutut dan juga merangkak.
Atlas diajar untuk melakukan kesemua aksi baharu ini dengan melihat video manusia melakukannya sendiri dan pembelajaran pengukuhan. Bagi memberikan pergerakan baharu ini, Boston Dynamics melakukan kerjasama dengan Robotics and AI Institute (RAI). Walaupun kemampuan Atlas kini lebih tinggi, Boston Dynamics masih belum mempunyai perancangan untuk menawarkannya secara komersil.