Carian
Vivo V50 Lite 5G Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 6300 
March 21, 2025 Amy Maizuraa

Vivo baru sahaja melancarkan model V50 Lite 4G, dan kini versi 5G turut ditawarkan. Seperti yang dijangkakan, kedua-dua model mempunyai banyak persamaan dengan perbezaan utama terletak pada cip pemprosesnya.

Vivo V50 Lite 5G juga mengekalkan rekaan yang sama seperti model 4G dengan bonggol kamera berbentuk bujur, dan tubuh sepenuhnya rata. Ia juga menggunakan panel OLED 6.77-inci beresolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Cip Mediatek Dimensity 6300 digunakan sebagai tunjang utama, bersama pilihan memori 12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Ini dipadankan dengan perisian terkini Funtouch OS 15, yang juga dimuatkan ciri berasaskan AI seperti AI Erase 2.0 bersama sokongan untuk Circle to Search. Peranti juga mempunyai penarafan IP65, dan bateri 6500mAh yang sama besar seperti versi 4G. Kamera pula terdiri dengan 50MP (Sony IMX882) + 8MP dan swafoto sebesar 32MP. Peranti telah ditemui dalam halaman SIRIM yang menandakan boleh tiba di Malaysia dalam masa terdekat.

Komen