Carian
Mesin Layan Diri Berkuasa Sel Hidrogen Dilancarkan Di Jepun
March 24, 2025 Effi Saharudin

Mesin layan yang menjual produk dipercayai telah dicipta pada kurun ke-18 untuk menjual tembakau. Ia menjadi semakin popular awal kurun ke-20 bagi tujuan menjual minuman dalam tin dan juga rokok. Di Jepun “mesin gedegang” ini mula popular sekitar 1970an dengan ia kini boleh menawarkan makanan serta minuman panas kepada pelanggan. Inovasi seterusnya dalam teknologi mesin layan diri ialah menggunakan sumber kuasa hidrogen.

Mesin layan diri berkuasa sel hidrogen dibangunkan oleh Fuji Electric dengan ia tidak memerlukan sambungan kepada palam elektrik seperti mesin konvensional. Terdapat katrij sel hidrogen yang akan membekalkan kuasa elektrik yang diperlukan. Dengan ini mesin boleh diletakkan di mana-mana sahaja tanpa perlu sambungan kepada sumber kuasa. Selain itu penggunaan kuas hidrogen turun mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 60% oleh mesin ketika beroperasi.

Fuji Electric telah bekerjasama dengan Coca Cola untuk menghasilkan mesin ini dengan ia akan diperlihatkan kepada orang ramai ketika acara Osaka-Kansai Expo 2025 yang akan berlangsung bermula bulan depan. Ekspo ini akan menjadi tempat pelbagai teknologi baharu diperlihatkan seperti mesin basuh manusia dan jentolak elektrik beroperasi bawah laut yang kami laporkan sebelum ini.

Komen