Carian
Instagram Akan Menyokong Mod Gambar-Dalam-Gambar Seakan TikTok
March 24, 2025 Fahim Zahar

Mod gambar-dalam-gambar adalah antara ciri yang sangat dihargai. Ini kerana video masih boleh ditonton pada peranti masing-masing, sambil aplikasi lain dibuka. Ia efisien, melancarkan produktiviti dan membuatkan pengguna boleh melakukan multi-tugasan. Ciri ini atau PiP sudah lama tersedia pada TikTok, sementara untuk Shorts ia memerlukan langganan YouTube Premium. Terbaru, ciri sama akan tiba pada Instagram pula.

Dalam perkongsian Ask Me Anything (AMA) oleh Adam Mosseri, beliau menjawab persoalan pengguna mengenai penawaran ciri mod gambar-dalam-gambar. Mosseri sedar yang mereka sepatutnya memperkenalkan ciri ini agar pengguna tidak leka menonton video sahaja tetapi sambil menonton boleh melakukan perkara lain. Disebabkan itu, ciri ini akan disertakan dalam kemas kini akan datang tetapi tiada garis masa bila ia akan tiba kerana perbincangan bersama pasukan pembangun baru akan bermula.

Akan datang, bolehlah anda tonton Reels sambil melayari laman web Amanz, meneroka kandungan di Daun atau ketika membaca novel di Cereka.

Komen